Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin.. Lama sudah tak menulis blog. Idea banyak, tapi masa agak kekurangan. Maklumlah, sebelum ni masa industrial training kat Visual dulu, masa terluang memang terlebih.. Sampai idea mencurah2 bersemangat nak menulis. Kadang2 sehari sampai 2,3 post.. Lepas tamat je training, meluangkan masa kat rumah pulak. Tolong mak buat kuih, kemas rumah, tuka langsir,.. Biasa la rutin tahunan nak beraya.. Semuanya kena nampak cantik dan kemas..Yang tak tahannya pergi shopping raya tu.. ada la 2,3 round.. Jalan TAR, Sogo, Alamanda last sekali Jusco Cheras Selatan.. Itu pun salah satu aktiviti untuk memenuhi masa yang terluang sempena cuti nie.. huhuhu..
Tahun ni sambut raya kat Pengkalan Balak, Melaka.. Tahun ni memang meriah sebab semua adik beradik berkumpul beraya sama2.. Penuh la rumah tu dengan anak2 buahku yang nakal2 itu.. Pagi2 raya dah kena bangun melawat kubur Arwah nenek dan atuk.. Pastu siap hidang juadah atas meja, ada ketupat, rendang, lemang, kari, sambal.. Lepas tu sesi bermaaf2an dan bersalam2an dengan keluarga.. Tahun nie duit raya pun boleh tahan sebab abang2 & kakak2 ku semua ade.. kuikui.. ;P
![]()
Seminggu raya ni pulak saya menghabiskan masa menziarahi kawan2 lame, cikgu2 waktu skolah, ex-classmate waktu form5, form3.. ada yang 4thn tak jumpe.. Ada gak 7thn tak jumpe.. memang lama gila.. best la dapat jumpe korang balik.. cayang korang.. keep in touch k !!
Love lots, Emi.
