Cik Azra Ruppu2 tagged aku
* State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.
Sori la aku tgh biol kat opis. aku tulis ape je yg aku terpk skarang ye. ;p
1. Aku tak faham kenape aku ditakdirkan utk deal ngan customer. skarang aku kene call customer utk beberapa urusan. telifon? ye. saya ditakdirkan utk menggunakan telepon sejak praktikal lagi. terpaksa memerdukan suara dan menjadi hipokrit beberapa minit. harap2 posting btol aku nanti bukanla yg berkaitan dgn telepon.
2. aku tak penah rasa diri aku comel. bila orang puji, baru aku teringat. aah, aku ni sbenanye comel jugak kan? heheheheeee
3. aku ni brutal dan agak ganas sbenanye. sangat pelik bila ada orang kata aku nampak lembut. agaknya time tu rambut aku panjang. ayu ke aku ? tidakkkkkkkk
4. ckp pasal rambut.. aku suka mengubahsuai rambut aku mengikut keperluan semasa. berangan nak wat fesyen lain tp bila sampai kat saloon, lain fesyen plak jadinya.
5. aku pantang jika ada pantulan bayang2 aku sendiri di cermin kereta, tingkap rumah orang, lopak air.. tentu aku toleh utk memastikan aku masih comel seperti biasa.. kehkeheke jgn muntah
6. first time jumpa, tak berapa ramah sebab maseh malu.. tapi jika sama2 tak malu.. gamatla suasana… hehehee
7. tak pandai sorok perasaan sendiri. mesti akan terpancar di muka. yg rapat faham la kot.
8. waktu kecik org lain tulis cita2 kat skola: doktor, jurutera.. aku plak pramugari adalah first priority aku. sebab aku sgt bahagia berada di airport dan katebang. bila dah besar.. tade plak nak ke situ. cane leh lupe cita2 idaman aku tu? sibuk kejar pelajaran kot. haha.
9. sangat gelabah lagi2 time pressure. tapi tetap maintain cute lepas dah setel. hehe
10. slalu terjatuh longkang dan tersadung batu bila berjalan. pernah di marah emak, jln tak tgk bwh. hakikatnya sampai besar anak mama masih begitu.
11. suka buat keputusan berdasarkan gerak hati , bukannya kenyataan.
12. sukakan kucing berbulu tebal dan gemok.
13. suka kumpul bantal2 pelik yg berbagai2 bentuk.
14. sangat rajin kalau tak disuruh. sangat malas bila dipaksa buat sesuatu…
15. sangat suka pink, naluri perempuan kot. hakikat barang2 dlm simpanan semua kaler pun ada. tak tumpu pink je. :)
* The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.
1. sume yg ada dlm blogger list aku kat sbelah ni ___________________________>